Komunikasi berdasarkan sesuatu simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan

Topic: BusinessComparative Analysis
Sample donated:
Last updated: September 1, 2019

Komunikasi ini dapat membantu mempengaruhi diri manusiasebagai contoh minda dan tingkah laku seseorang manusia tersebut. Komunikasimerupakan salah satu proses di mana manusia menerima dan menghantar sesuatupesanan atau maklumat. Komunikasi juga merupakan satu landasan di mana untukberkongsi pendapat antara satu sama lain, informasi dan sebagainya.

MenurutProf. Mulyana, (2012), ia adalah sebagai suatu proses penyampaian pesanan danjuga proses penyampaian pesanan yang bersifat arahan dari komunikator (penyampaipesanan) kepada komunikan (penerima pesan) dengan menggunakan perantaraan ataumedia tertentu sehingga memunculkan informasi tersebut. Llyod, (1990)menyatakan bahwa bahasa komunikasi adalah alat penghubung atau komunikasiantara anggota masyarakat yang terdiri atas individu-individu yang menyatakanpemikiran, perasaan, dan keinginannya. Selain daripada itu juga, menurut Berlo,D. (2013), beberapa faktor kegagalan aktiviti pembelajaran atau di dalamkumpulan adalah disebabkan kurangnya pemahaman terhadap disiplin dan jugakomunikasi dua hala. Oleh itu, definisi komunikasi secara umumnya ialah prosespenyampaian serta pemindahan maklumat daripada seseorang kepada seseorang yanglain. Komunikasi adalah proses mewujudkan kefahaman orang tentang maklumat yangdisampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.

Don't use plagiarized sources.
Get Your Custom Essay on "Komunikasi berdasarkan sesuatu simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan..."
For You For Only $13.90/page!


Get custom paper

David,J. (2001), mendefinisikan komunikasi sebagai satu cara manusia saling berhubungdan melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi bersama, dengan syaratmereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakanberdasarkan sesuatu simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yangmelambangkan atau menyerupai idea-idea menyampaikan maksud. David, J. (2001),menulis di dalam bukunya Communication inEvent Management, mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran pendapatmaklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai matlamat dan dilaksanakansecara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuanuntuk mencapai tujuan di dalam sesebuah organisasi tersebut.               KomunikasiStrategik Komunikasi strategik pula ia merujuk kepada keutamaan danbimbingan untuk mendapatkan konsistensi didalam sesuatu maklumat bagi sesebuahorganisasi ataupun seseorang individu. Komunikasi strategik ini juga merupakansatu sistem penyampaian maklumat daripada orang lain kepada individu yang laindidalam kaedah menyumbang dan mencapai kesan jangka panjang yang dikehendaki.Menurut James.

N, (2003) beliau mengatakan didalam bukunya yang berjudul Communication Culture, suatu perancangandan merupakan satu usaha memperbaiki permasalahan dan krisis yangberkemungkinan akan belaku. Beliau mengata lagi, komunikasi strategik jugamerupakan suatu proses dimana untuk menghantar maklumat yang lengkap melaluisaluran yang tertentu kepada penerima. Oleh yang demikian, di dalam kajian yang dijalankan, iadapat meletakkan beberapa pengkaji menbincangkan bahawa komunikasi sebagaisalah satu aspek terpenting di dalam sesebuah pengurusan organisasi ataupunseseorang individu. Keyton. J (2002), komunikasi strategik merupakan salah satufaktor terpenting yang acapkali membantu para pelajar didalam mengenaliaktiviti tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Selain daripada itu,komunikasi strategik juga membantu kesemua para pelajar untuk memperbaikicara-cara komunikasi yang betul semasa sesi pembelajaran didalam kelas mereka.

    PengurusanProduksi Pengurusan yang membawa erti mengendalikan dan menanganisesebuah produksi (Murgiyanto, 1985). Komunikasi di suatu organisasi yangdilakukan pimpinan, baik dengan para karyawan maupun dengan kha layak yang adakaitannya dengan organisasi, dalam rangka pembinaan kerja sama yang serasiuntuk mencapai tujuan dan sasaran organisasi (Effendy,1989). Komunikasiorganisasi adalah pengiriman dan penerimaan berbagai pesan organisasi di dalamkelompok formal maupun informal dari suatu organisasi (Effendy, 1989). Komunikasisecara di dalam bentuk formal adalah komunikasi yang harus ada di dalamorganisasi itu sendiri dan sifatnya berorientasi kepentingan organisasi. Didalam pengurusan organisasi yang baik, ia disebalik pengurus produksi yangberdedikasi, disiplin dan mempunyai komunikasi yang bagus bersama tenaga kerjayang lain. Pengurus produksi bertanggungjawab di dalam melaksanakan sertamemaparkan elemen-elemen penting di dalam sesebuah produksi. Tugas sebagaiseorang pengurus produksi sangat penting dan ia menjaga semua tenaga kerja yanglain bagi memastikan tenaga kerja yang lain melakukan serta besama-samamenjayakan sesebuah seni persembahan teater (Andika Aziz, 2014). Di dalamsesebuah produksi, seorang pengurus produksi memegang tanggungjawab sertamengambil risiko di dalam pelbagai tugasan seperti mencari sumber kewangan,memerhati dan menyelaraskan kebajikan di dalam sesebuah produksi, danmemastikan segala penghasilan rekaan set sesebuah teater dihasilkan mengikutkemahuan pengarah tersebut.

    PenyataanMasalah Kajian Pada abad ini, komunikasi memainkan peranan pentingterutamanya kepada organisasi dan individu kerana komunikasi merupakan satuelemen yang dapat membantu mereka untuk lebih mahir di dalam menyampaikansesuatu perkara daripada individu lain kepada individu yang lain. Kemahirankomunikasi juga adalah untuk membantu di dalam pengurusan produksi untukmenjayakan sesebuah pengurusan tersebut agar lebih teratur.  Camiron, D. (2001) mengatakan bahawa perkarayang paling mencabar buat para pelajar apabila sudah berada di alam pekerjaanyang sebenar adalah dimana sebahagian daripada mereka akan menghadapi masalahkekurangan untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi dengan berkesan. Ini jugaboleh di aplikasikan dalam pengurusan produk.

 Justeru, permasalahan yang ingin dikaji adalah di dalam melaksanakankajian ini dengan kajian komunikasi strategik yang di gunakan di dalampengurusan produksi.  ObjektifKajianObjektif yang terdapat di dalam kajian ini adalah:1.     Mengenalpastipemahaman tentang komunikasi dalam pengurusan produksi2.     Mengenalpastijenis-jenis komunikasi strategik yang digunakan dalam pengurusan produksi3.     Mengkajikomunikasi startegik utama yang digunakan dalam pengurusan produksi   PersoalanKajian Di dalam kajian ini mempunyai beberapa persoalan, antara1.     Apakahfaktor-faktor komunikasi strategik yang digunakan dalam pengursan produksi?2.     Apakahjenis-jenis komunikasi strategik yang digunakan dalam pengurusan produksi?3.     Apakahstrategik komunikasi utama yang dilakukan dalam pengurusan produksi bagimenjayakan Festival X ? KepentinganKajian Kajian ini dilakukan bagi membolehkan komunikasi yangstrategik dalam pengurusan produksi.

Ini adalah untuk meningkatkan kajianmengenai permasalahan komunikasi yang ada di dalam pengurusan produksi.  Dalam kajian ini dijalankan, terdapatbeberapa komunikasi strategik amat berkesan kepada pengurus produksi bagimengaplikasikan komunikasi tersebut dalam pengurusan produksi. Selain daripadaitu, ia juga bertujuan pembelajaran bagi memperbaiki cara komunikasi yangsewajarnya digunakan. Justeru diharap dengan kajian ini dilakukan, ia dapatdigunakan bagi mempraktikkan dan mempertingkatkan kualiti dalam komunikasidisamping melahirkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan.     SkopKajianKajian ini dijalankan bagi melihat komunikasi strategiksebagai satu komponen-komponen penting bagi mempertingkatkan pretasi komunikasidalam pengurusan produksi. Dengan melaksanakan ini, ia dapat memberi maklumatmengenai kepentingan utama dalam komunikasi yang berkesan bagi menjayakanproduksi tersebut.  TinjauanLiteratur Kemahiran komunikasi yang telah dicadangjan oleh Thomas,K.

(2007) telah digabungkan untuk membentuk seperti mana dibincangkan mengenaikomunikasi strategik. Komunikasi strategik dilihat di dalam satu komponen yangpenting bagi digunakan sebagai keyakinan diri ketika berkomunikasi atauberinteraksi bersama orang lain. Camiron, D. (2001) menjelaskan bahawa kejayaansesebuah kumpulan di dalam menghasilkan pembentangan yang menarik adalahberdasarkan komunikasi yang proaktif dan berkesan. Selain tu, konflikkomunikasi yang belaku di dalam perbincangan yang menghubungkan dua pihak yangsaling memerlukan serta mempunyai tujuan yang berbeza dan sumber yang terhad.Menurut Daniel, E.

(2006), beliau menyifatkan beberapa elemen yang penting didalam usaha menguruskan konflik di dalam sesebuah perbincangan. Antaranyaadalah kemahiran berkomunikasi yang merangkumi interpersonal, pemimpin dankeupayaan menwujudkan dengan orang lain.   Faktordi dalam Komunikasi StrategikDengan adanya strategik di dalam komunikasi strategik didalam kehidupan atau sesebuah perancangan maka semestinya ia dapat menghasilkanpenyampaian maklumat yang berkesan. Sebagaimana menurut James, H. (2004),faktor utama komunikasi strategik iaituCredibility (kepercayaan). Ini merupakan salah satu komunikasi yang sangatmempengaruhi oleh elemen kepercayaan.

Komunikasi terjadi antara penyampai danpenerima mesej tersebut. Mereka haruslah saling mempercayai dan saling memahamiantara satu sama lain. Jika tidak ada kepercayaan di antara satu sama lain,maka kegagalan di dalam elemen kepercayaan tidak dapat di aplikasikan di dalamkomunikasi.

Perbincangan menurut James, N. (2003) elemen yangseterusnya ialah Relationship(perhubungan). Ini merupakan elemen yang berpengaruh di dalam komunikasi.

Didalam penerangan tersebut adalah apabila hubungan antara penyampai mesej danjuga penerima mesej tidak terjalin dengan baik, maka komunikasi antara merekaakan mempunyai masalah. Keberhasilan komunikasi sangat berkait rapat dengansituasi sekeliling dan keadaan persekitaran ketika penyampaian komunikasibarlangsung. Selain itu, Content (kepuasan)  iaitu komunikasi harus menimbulkan rasa puashati dan saksamamdari kedua-dua belah pihak sama ada penyampai mahupun penerimamesej. Ini juga turut dibincangkan oleh James, N. (2003).

Continuity& Consistency(kesinambungan dan konsisten) iaitu komunikasi dapat berlangsung jika terdapatkesinambungan dan kontentasi sesebuah hubungan antara penerima mesej dan jugapenyampai mesej tersebut. Komunikasi harus dibuat secara berterusan danberurutan, selain itu mesej yang hendak disampaikan haruslah tidak bolehbertentangan. Menurut Neuliep, W. (2006), beliau mementingkan bahawa setiapseorang di dalam sesebuah organisasi harus konsistensi dalam menyampaikanmaklumat supaya setiap yang disampaikan tidak bercanggah daripada maklumat yangasal. Di dalam aspek Capability ofaudience (kemampuan komunikasi) merupakan komunikasi yang penting di manapenyaluran maklumat atau sesebuah informasi haruslah disesuaikan dengankemampuan pengetahuan serta pengalaman bagi pihak penerima maklumat. Oleh itu,penyampai sesebuah maklumat haruslah faham dan mengelakkan penggunaanistilah-istilah yang tidak wajar di gunakan dan sukar difahami oleh penerimamaklumat.Penggunaan cara komunikasi yang betul merupakan satumedium untuk saling berhubung sama orang sekeliling dengan menggunakankomunikasi di dalam bentuk verbal dan non-verbal. William, B.

(2003),menyatakan bahawa jenis komunikasi terdiri daripada komunikasi verbal dankomunikasi non-verbal yang disebut sebagai bahasa penggunaan badan. Komunikasiverbal mempunyai tiga elemen iaitu Vocabulary(pebendaharaan kata). Komunikasi tidak dapat ditafsirkan serta difahamiapabila perasaan yang disampaikan dengan kata-kata yang disalah ertikan. Olehkerana itu, kata-kata yang dilontarkan dan disampaikan dengan baik.

Elemenkedua adalah racing (kecepatan).Komunikasi dapat difahami dengan mudah apabila setiap kata-kata dan pertuturanyang diucapkan dapat disebut dengan kemas dan teratur. Perlu difahamkankomunikasi harus diatur dengan baik dan tidak terburu-buru. Dengan keadaan yangterburu-buru maka komunikasi yang perlu di sampaikan tidak di sampaikan denganbaik. Elemen terakhir adalah voice(intonasi suara). Dengan elemen ini, membuatkan pertuturan komunikasi menjadilebih mudah difahami. Dengan menggunakan intonasi suara, maklumat yang hendakdisampaikan oleh penyampai membuatkan lebih dramatik. Jenis komunikasinon-verbal pula disifatkan dengan penyampaian mesej atau maklumat tanpasebarang penggunaan perkaaan tetapi disampaikan dengan ekspresi wajah.

Inimerupakan daya tarikan apabila melaksanakan komunikasi  tersebut. Ini kerana ekpresi wajahmencerminkan tentang emosi dan perasaan seseorang itu. Komunikasi dalam pengurusan produksi adalah salah satukomunikasi yang dapat meningkatkan komunikasi dalam kalangan pengurus produksidan krew-krew di dalam pengurusan produksi. Komunikasi dengan lebih lantangdapat menjadikan sesebuah komunikasi tersebut membina cara berkomunikasi yanglebih berkesan, iaitu cara-cara seseorang itu untuk memperbaiki pengurusansesuatu perkara itu supaya lebih berkesan serta lebih cekap.

Oleh demikian,sesebuah organisaisi di Universiti akan sentiasa mengalami permasalahan komunikasi.Jadi kecekapan penyampaian maklumat adalah bergantung dengan keberkesanankomunikasi dengan penerima maklumat.             BentukKajian Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yangtersendiri yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif.

Data kualitatif ialahdalam bentuk temubual. Nota lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokongutama dalam mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajiankualitatif.  Bab ini cuba mengupas denganmendalam bentuk data, kekekuatan dan kelemahan metodologi bagi setiap data yangdikumpul, serta proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif.

Bentuk kajian yang digunakan menggunakan kaedah temubual.Temubual yang digunakan ialah temubual mendalam. Temu muka berulang antarapengkaji dan subjek pengkajian, dalam rangka memahami pandangan subjekpengkajian mengenai hidupnya, pengalamannya, ataupun situasi sosial sebagaimanadiungkapkan dalam bahasanya sendiri. Sebagai contoh, pengalamannya dalammelaksanakan kerja-kerja di dalam pengurusan produksi. Temubual mendalambersifat luas, terbuka, tidak terstruktur, dan tidak semestinya bersifat tetap.Intinya ialah pertemuan berulang kali secara langsung antara pengkaji dansubjek pengkajian. Selain daripada itu, bentuk kajian juga di dalam pemerhatian.

Pemerhatian memungkinkan pembentukan pengetahuan secara bersama sama antara pengkajidan subjek pengkajiannya. Pemerhatian memungkinkan pengkaji untuk melihat,merasakan, dan memaknai dunia beserta ragam peristiwa dan gejala sosialdalamnya, sebagaimana subjek pengkajian melihat, merasakan dan memaknainya.

Choose your subject

x

Hi!
I'm Jessica!

Don't know how to start your paper? Worry no more! Get professional writing assistance from me.

Click here